Kesenian dan Kebudayaan: Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan Part 1 Wayang Kulit Wayang kulit merupakan salah satu seni persembahan tradisional bangsa Melayu. Di bumi Malaysia suatu ketika dahulu terdapat 3 jenis wayang kulit iaitu wayang kulit Purwa, wayang kulit Melayu dan wayang kulit Siam. Wayang kulit Purwa amat popular dan identiti yang amat utuh serta kukuh pada masyarakat Jawa di negara Indonesia. Wayang kulit Melayu pula adalah pecahan dari wayang kulit Purwa Jawa yang telah dikembang khas atau ada nilai tersendiri oleh masyarakat Jawa di semenanjung Melayu seperti di Johor. Manakala Wayang kulit Siam amat popular di utara dan pantai timur Semenanjung. Wayang kulit Siam di Utara iaitu Kedah dan Perlis serta Patani(Selatan Thailand) adalah pecahan dari kesenian silam seperti Nang Talung di segenting Kra manakala Pantai timur iaitu negeri Kelantan,hulu Perak dan Terengganu (kumpulan dalangnya juga datang dari Kelantan) pula dari pengaruh Patani. Ada pelbagai pendapat mengat...
Kesenian dan Kebudayaan: Wayang Kulit Melayu Kelantan Part 2 Wayang Kulit Melayu Kelantan Terdapat pelbagai pendapat bagaimana wayang kulit ini boleh wujud di Kelantan. Ada yang berpendapat seperti daripada Jawa,Kemboja (Funan), Siam dan tak lepas juga dari China purba. Wayang kulit Kelantan juga tidak lari diperkatakan asal usulnya seperti daripada kayangan. orang-orang zaman dahulu percaya ia diilhamkan dari kerajaan kayangan dan kerajaan kayangan itu pula runtuh setelah kelahiran Nabi Muhammad SAW ke bumi ini pada ratusan tahun dahulu. Tentulah itu sebenarnya adalah sekadar perumpamaan dan maksud tersirat dengan makna tertentu. Ustad Abdullah Mohamed(Nakula) berpendapat kewujudan wayang kulit sebenarnya telah lama wujud.Ia agak lama sebelum nama Kelantan itu diguna pakai lagi dan wujud selama adanya orang Melayu itu sendiri di semenanjung Melayu yang semua bermula dari berkembangnya cucu Nabi Nuh AS sejak 3000 sebelum masihi atau lima ribu tahun lalu. Kesenian wayang kuli...
KERIS PUSAKA MAT KILAU Keris Sepukal ini yang seakan Sundang. Keris ini asalnya adalah kepunyaan Ayahandanya iaitu "Tok Gajah" ianya diwariskan atau diamanahkan kepada Mat Kilau ketika Mat Kilau berusia 16 Tahun. Keris ini adalah 100% Keris Tempa Pahang , Kebiasaannya keris digunakan untuk menusuk, menikam dan menghunus , Tapi keris Mat Kilau ini Ianya bukan sahaja untuk menikam malah boleh digunakan untuk menghiris kerana mata bilahnya tajam atas bawah. Boleh jadi keris inilah yang digunakan Mat Kilau pada satu kisah dimana Arwah membunuh 9 orang musuh sekaligus dalam satu masa. Wallahu'alam. Jika diperhatikan pada keris ini terdapat Titik bulat putih dekat Belalai gajah dan aring. Ianya adalah Perak (Pemusnah Ilmu Kebal). Hulu keris pula diperbuat dari Kayu kemuning Hitam yang mempunyai banyak khasiat seperti penawar. Sewaktu Mat Kilau mengasingkan diri di siam , Keris ini telah ditanamnya di dalam tempayan selama 30 tahun sebelum digali semula. Tujuannya adala...
Ulasan
Catat Ulasan