KESENIAN DAN KEBUDAYAAN WAYANG KULIT KELANTAN PART 1
Kesenian dan Kebudayaan: Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan Part 1
Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan salah satu seni persembahan tradisional bangsa Melayu. Di bumi Malaysia suatu ketika dahulu terdapat 3 jenis wayang kulit iaitu wayang kulit Purwa, wayang kulit Melayu dan wayang kulit Siam. Wayang kulit Purwa amat popular dan identiti yang amat utuh serta kukuh pada masyarakat Jawa di negara Indonesia. Wayang kulit Melayu pula adalah pecahan dari wayang kulit Purwa Jawa yang telah dikembang khas atau ada nilai tersendiri oleh masyarakat Jawa di semenanjung Melayu seperti di Johor. Manakala Wayang kulit Siam amat popular di utara dan pantai timur Semenanjung. Wayang kulit Siam di Utara iaitu Kedah dan Perlis serta Patani(Selatan Thailand) adalah pecahan dari kesenian silam seperti Nang Talung di segenting Kra manakala Pantai timur iaitu negeri Kelantan,hulu Perak dan Terengganu (kumpulan dalangnya juga datang dari Kelantan) pula dari pengaruh Patani. Ada pelbagai pendapat mengatakan tentang pengaruh ini. Ada mengatakan pengaruh ini mengikut dari segi beberapa patah bahasa, kostum pakaian dan juga empayar silam yang wujud suatu ketika dahulu. Secara umum kajian luar yang ada , asal-usul wayang kulit tidak dapat putuskan dengan muktamat dan rata-rata telah memyimpul seperti di atas. Namun apa yang pasti kesemua jenis wayang kulit dari negeri-negeri diatas sememang pun telah berkembang dengan nilai, keindahan estetika dan bakat lokal tempatan mereka sendiri. Ini ada masanya perlu kita lihat dengan teliti seterusnya hormat maupun memkagumi keindahan antara satu sama lain.
Berita Wayang Kulit
Ulasan
Catat Ulasan