KESENIAN DAN KEBUDAYA WAYANG KULIT KELANTAN PART 2
Kesenian dan Kebudayaan: Wayang Kulit Melayu Kelantan Part 2
Wayang Kulit Melayu Kelantan
Terdapat pelbagai pendapat bagaimana wayang kulit ini boleh wujud di Kelantan. Ada yang berpendapat seperti daripada Jawa,Kemboja (Funan), Siam dan tak lepas juga dari China purba. Wayang kulit Kelantan juga tidak lari diperkatakan asal usulnya seperti daripada kayangan. orang-orang zaman dahulu percaya ia diilhamkan dari kerajaan kayangan dan kerajaan kayangan itu pula runtuh setelah kelahiran Nabi Muhammad SAW ke bumi ini pada ratusan tahun dahulu. Tentulah itu sebenarnya adalah sekadar perumpamaan dan maksud tersirat dengan makna tertentu. Ustad Abdullah Mohamed(Nakula) berpendapat kewujudan wayang kulit sebenarnya telah lama wujud.Ia agak lama sebelum nama Kelantan itu diguna pakai lagi dan wujud selama adanya orang Melayu itu sendiri di semenanjung Melayu yang semua bermula dari berkembangnya cucu Nabi Nuh AS sejak 3000 sebelum masihi atau lima ribu tahun lalu. Kesenian wayang kulit ini telah melalui 3 zaman dan pernah pupus beberapa kali bersama-sama rupa estetika yang dibentuk pada peradaban empayar dan kerajaan kuna era sebelum itu. Ustad Nakula mengatakan tanah Kelantan tua telah pun melalui 3 zaman iaitu era Jawan selama 3000-2800 sebelum masihi, keduanya era Brahma 1800-1700 sebelum masihi. Wayang kulit Melayu Tradisional Kelantan ada hari ini adalah perkembangan dari era ketiga iaitu wayang kulit di Ligor. Pada orang pada saat ini lebih mengenalinya sebagai wayang kulit Siam. Datangnya Wayang kulit ini pula diperkatakan oleh pengaruh Patani pada era keemasan dan kegemilangan Patani kerana pada penghujung abad ke 15 negeri Kelantan mengalami kemunduran yang agak teruk. Ia kemudianya berkembang kembali bersinar pada era Long Yunus tahun 1770. Wayang kulit memang rasminya memjadi salah satu dari 7 jenis seni budaya diraja istana Kelantan sejak zaman Long Yunus sampailah zaman Sultan Ismail I. Ia telah berkembang dengan ciri yang sendiri dan disahkan oleh semua semua pengiat wayang kulit Kelantan bahawa ia adalah asli dari negeri ini dan boleh dilihat pada wayang kulit Kelantan pada saat ini manakala Patani dan Kedah yang sememangnya lebih dekat kepada Nang Talung Thailand.
Wayang Kulit satu seni kebudayaan agung bangsa Melayu
Setiap bangsa di dunia ini dicipta Allah SWT ada memiliki satu kesenian tersendiri yang memang berfungsi sebagai identiti khas dan tujuan tersendiri. Tiada satu ciptaanya sekadar tiada nilai,pembaziran atau memjadi batu penghalang melainkan boleh membawa makna tertentu bagi mereka yang boleh memahami dan berfikir.Wayang Kulit sememangnya satu kesenian jati diri yang penting pada masyarakat Melayu di Kelantan bahkan seantero alam Melayu baik pada kebudayaan bangsa lagilah berfungsi dengan baik dan berjasa pada agama sebagai alat pendidikan dan pengajaran suatu ketika dahulu.
Keunikan wayang kulit Melayu Tradisional Kelantan hari ini sememangnya masih boleh dibanggakan anak-anak negeri malah juga pada negara Malaysia walaupun ia masih memjalani zaman suram. Semangat serta usaha kumpulan yang ada sememangnya sedang memgalas sisa-sisa jati diri dan masih cekal membawa persembahan ini di dalam serta di luar negeri. Kemenangan tempat pertama di ITB Berlin yang mengangkat nama Malaysia pada tahun 2015 ,Kumpulan seperti Sri Warisan Pusaka yang telah pergi kembara persembahan dan bengkel pada masyarakat Amarika di 6 buah bandar kebanggaan bangsa US, Kumpulan Muhibah seperti Sri Campuran, Kumpulan Sri Wayang Kampong Paloh 2 dengan tok dalangnya yang aktif serta kreatif memgajar di tanah Bharubhasa & CWK ini. Kumpulan Sri Setia di arena seni akademik negara serta lain-lain kumpulan yang masih setia gigih berjuang di Gelanggang Seni. Mereka itulah yang membawa rupa dan memperkenalkan identiti kita kepada masyarakat antarabangsa. Ia tidak harus berakhir pada mereka dan kita inilah sebagai anak muda kini harus terus berdiri mempertahankanya.
"Tak buka maka tak kenal..tak kenal maka tak cinta”
Suatu ketika dahulu,wayang kulit Kelantan sebelum perang dunia II amat popular dan ia pernah memdapat liputan berita istimewa dalam akhbar-akhbar Saudi pada tahun 1936 dimana suatu pertunjukan kebudayaan bangsa Melayu paling hebat telah diadakan kepada penduduk Mekah selama 3 malam berturut-turut selain mengadakan wayang kulit setiap malam musim tutup penggal persekolahan dan pada malam hari kebangsaan Kerajaan Saudi. Lama lagi sebelum itu, wayang kulit juga pernah dipersembahkan di Kota Baghdad pada zaman Khalifah Al-Amin putera Khalifah Harun Al-Rashid dengan tayangan selama 21 malam. Ini terjadi pada abad ke 8 dan 9. Tokoh seperti Al-Iman al-Syafie pernah melihat tayangan ini, juga Muhyiddin ibnu Arabi menulis dalam Al-Futuhat di Sham dalam abad ke 13. Beliau amat mengkagumi penggunaan wayang kulit yang boleh memudahkan orang memahami ilmu ketuhanan dengan cara visual. Begitu juga Muhammad bin Nafis Al-Banjari yang merupakan ahli Sufi dalam abad ke 18 yang menggesakan orang melihat wayang kulit untuk memahami ilmu ketuhanan pada masa itu.
Wayang kulit bukanlah suatu yang pelik di Eropah Timur dan Timur Tengah bahkan sememangnya amat dekat dalam dunia Islam dengan adanya wayang kulit seperti Karagöz Turki dan Greek yang dimainkan malam bulan Ramadan. Penggunaan Wayang Kulit pula memang wujud dalam tamadun manusia seperti Greek dan China. Antara 380 dan 360 sebelum masihi seorang ahli falsafah Greek, Plato itu telah mengunakan perumpamaan mainan bayang seperti wayang kulit dalam “Allegory of the Cave” untuk menerangkan bagaimana manusia terlampau banyak bergantung kepada persepsi atau bagaimana cara kita melihat pekara/dunia ini. Akhir kata, mengapa pula kita mesti harus melihat kesenian wayang kulit hanya dalam satu konteks seperti warisan kebudayaan milik India?. Tentulah ia sebenarnya tidak adil. Hakikatnya Wayang Kulit itu adalah suatu kesenian yang boleh membawa banyak makna,cerita serta meluas dalam penggunaanya.
Berita Wayang Kulit
Ulasan
Catat Ulasan